Khamis, 14 Mei 2015

Tanah dan Langit Ilahi




"KAKAK." pa'an sengih di skrin Dell.

          Nawal mengukir sengih. "Ye, budak busuk."
         
          Pa'an buat muka. "Kakak...."

          Nawal ketawa. Skyep merentas benua Malaysia-Abeerden. "Suka hati kakak la nak panggil apa." 

          "Apa cete?" Pa'an malas layan. Nanti habis semua panggilan keluar dari intan payung ke manja kakak. dia betulkan duduk.

            "Hmm... macam biasa, kuliah, anat lab, lepak ngan kawan-kawan and bla...bla..bla..." tangan betulkan letak sweater dekat badan. musim sejuk dah tiba. 

                 "Tak menarik langsung." dia mencebik.

             "Habis kau ingat kakak dekat sini nak melancong dua puluh empat jam ke?" terangkat kening.

                 "Tak ada la. cuba la buat benda yang menarik sikit. cari bakal abang ipar untuk Pa'an ke?"

                  hampir jatuh rahang bawah dengar Pa'an cakap macam tu. "Kau dah kenapa, terencat?"

                  Pa'an ketawa tengok muka kak Nawal macam orang tertelan biji rambutan. "Gurau." dia sandar ke kerusi study. "Kakak..."

                  Nawal angkat kepala isyarat bertanya. kedua tangan tongkat dagu. petang-petang macam ni memang best acik lepak luar. 

                    "Dengar cerita pasal Nepal?" Pa'an bertnya dengan kening terangkat. kut la kakak sorang tu duk jauh dan sibuk study sampai tak tahu khabar berita pasal dunia. 

                     "Tau." Angguk. Kejadian gempa bumi yang menyebabkan kematian banyak nyawa. "Kenapa?"

                    "Pak su kan terlibat dengan badan sukarelawan. Jadi semalam pak su bagitahu yang mereka akan ke Nepal untuk bantuan kemanusian selama seminggu." Dia berhenti sesaat. "Pak su ajak Pa'an join.. tapi..." tangan garu belakang telinga yang tak gatal.

                       "Takut ke?"

                        huh? Pa'an renung wajah Nawal. cuba mentafsir maksud sepatah ayat tu. lambat-lambat dia angguk.

                       Nawal senyum tiga saat. "Kalau takut mati. lari mana pun tetap akan mati juga kan?" Dia tahu apa yang ada dalam fikiran adik lelaki sorang ni. ye la, cuba bagitahu siapa yang berani ambil risiko ke tempat yang baru berlaku bencana sedangkan masih belum pasti keadaan sebetulnya. masih akan ada gempa susulan, mungkin. 

                         Pa'an terpampam. Tahu. Manusia akan mati juga. Lari ceruk dunia mana, ajal tu pasti datang menghampiri bila sampai waktu dijemput ilahi. tapi untuk mengakui...

                        "Macam mana nak jadi hero ni..." Nawal sengih. "Kakak cadangkan, baik pergi. sebab dekat sana nanti Pa'an akan jumpa macam-macam hikmah yang Allah nak turunkan nanti."

                         bekerut kening tak faham. 

                     "Ye la. mana tau dekat sana nanti adik kakak ni terbuka mata dengan kebesaran Allah s.w.t." dia senyum nipis segaris. "Banyak boleh belajar tu."

                      Diam. 

                     "Tahu pasal kisah nabi Saleh?"

                      geleng.

                    "Umat nabi Saleh macam umat nabi-nabi yang lain juga. tak percaya pada ajaran agama islam. dan sampai satu saat, Allah turunkan gempa bumi ke atas mereka. sebab apa?" dia menduga jawapan dari Pa'an.

                      "Tak tahu."

                       "Sebab kaum nabi Saleh langgar perjanjian yang telah dibuat." Nawal betulkan duduk dan menarik sweater rapat ke badan. "Allah s.w.t. turunkan mukjizat melalui unta betina. Allah perintahkan nabi Saleh untuk bagitahu dekat kaumnya supaya memberi layanan baik pada unta tersebut dan jangan sesekali mencederakanya. tapi kaum nabi Saleh tak ambil peduli. disembelih unta betina tu hingga dapat murka Allah. tu yang terjadi gempa bumi pada kaum nabi Saleh."

                         angguk. macam tu. "Dah tu, apa kena mengena kisah ni dengan isu Nepal yang kita bincangkan ni?" 

                       "Dey!" Nawal tepuk dahi. "Tak kan tak tahu kejadian yang menimpa Nepal hampir serupa dengan kaum nabi Saleh?"

                     "Maksud kakak...."

                    Nawal tepuk kedua pipinya menahan sejuk. "Hmm... kakak tak cakap la kejadian yang menimpa Nepal tu sama macam kejadian yang menimpa kaum nabi Saleh. tapi cuba bayangkan, gempa bumi berlaku selepas satu acara keagamaan menyembelih binatang secara bermaharajalela."

                    "Ha.." Pa'an petik jari. dia baru teringat. pak su ada cerita semalam dekat dapur masa tengah makan malam pasal upacara pembunuhan lembu, kerbau, burung dan kambing untuk upacara keagamaan dekat Nepal. "Okey, faham." dia angguk beberapa kali. 

  
                     "Sebenarnya itu salah satu tanda kebesaran Allah. ye la, walaupun mungkin segelintir orang akan bercakap yang gempa bumi berlaku selepas upacara keagamaan kaum hindu tu kebetulan. tapi kita sebagai orang islam dan yakin tentang isi Al-Quran, kita wajib mengakui kejadian itu adalah tanda peringatan daripada Allah s.w.t."

                          angguk. betul tu. "Kakak...."

                         Nawal terangkat kening merenung wajah Pa'an. menunggu Pa'an menghabiskan ayat. 

                         "Pa'an rasa kakak lagi sesuai jadi ustazah dari jadi doktor."

                        Nawal ketap bibir. ini kalau ada depan mata sah kepala tu kena luku. mentang-mentang aku cakap macam ni, disuruhnya aku jadi ustazah. 

                           ketawa Pa'an melihat wajah cembrut kakaknya. Namun dalam diam dia mengakui kebesaran Allah. Dan... rasanya dah boleh mula mengemas ni."Pak su!"

                             

Ahad, 8 Februari 2015

Senyum... Allah menguji




"Allah uji perasaan."

Angkat kening.

"Menakutkan kan?"

         
Gila tak takut... sebab sikit je lagi nak capai kejayaan, ada sesuatu yang menghalang. Sebab sikit je lagi nak perbetulkan kesilapan, salah tu diperbesarkan. Sebab sikit je lagi nak kecapi kebahagian, Allah hantar kesedihan. Sebab terlalu selesa dengan kedudukan pekerjaan, kita pula diberhentikan. Allah.... Siapa cakap tak takut, mohon 'cuci' hati balik. Takut ada kesan hitam di mana-mana.

Mesti saat tu kita dah macam orang nak baham kaki meja. Geram.... Kenapa? Kenapa? Kenapa? ayat tu yang tanpa kita sedar dah buat kita hilang kepercayaan pada Allah sebenarnya.

 Mana tak nya, kekonon waktu hati kita terluka semua benda nak dicerita pada dunia. Kita letak kesalahan ibarat Allah tak pernah beri bahagia.

*geleng kepala*

Dan bila kita gembira, memang satu dunia pun dijaja. Hingga pada ALLAH pun kita lupa. 

*terjun perigi*
ngeee....

"Nama pun manusia. Adat la tu sedih segala."

Sengih. "Sampai dah tak nampak jalan keluar?"

Hening.


Allah baru 'jentik' perasaan, kita dah melenting jauh. Agaknya kalau Allah bagi 'penumbuk', kita parah mausk ICU gamaknya. Bukan nak kata kita kena sentiasa sado sepanjang masa. Tak.... Maksud aku biarlah kena pada tempatnya. Ini tak... bila putus dengan awek/pakwe kita dah meroyan bagai hilang jejak dan punca. Lepas tu mula la iman dan akal pun tak begerak sama. 

kes 1 : Wanita dikelar (paper metro)

kes 2 : Lelaki ditikam akibat cemburu (paper metro)


Cuba bawa beristifar sikit... tu namanya bukan aturan Allah untuk kita. Kena la redha. Cuba la cari Allah waktu tu. Allah tak lari mana, dekat je dengan kita. Dan aku pun bukan la baik sangat, tapi aku nak cakap juga. 

Allah akan tolong hamba, selama hamba tu sentiasa menolong saudaranya.
HR. MUSLIM

Dan aku cuba buat apa yang dikatakan dekat atas tu. Jadi aku belajar bertahan. bertahan. Sampai masa Allah akan beri apa yang terbaik buat kita.  

Nah.... Aku bagi 'benda' ni.

Andainya...
kau rasa tak berupaya..
hidup sendirian tanpa pembela...

segalannya suram
bagai malam yang gelap
tanpa bantuan
tanpa tujuan

janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu
in sya Allah... In sya Allah... 
in sya Allah... ada jalannya...

andainya....
kesalmu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali 

tika keliru 
atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu

janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu
in sya Allah... In sya Allah... 
in sya Allah... ada jalannya...

lirik lagu In sya Allah by Maher Zain.

Aku berani cakap sebab aku dah buat. Sakit tu memang sakit. Allah campak perasaan tu dalam mengharungi ujian yang Dia bagi.  Tapi bila aku cuba bertahan, redha dan senyum. Aku mampu cakap aku rasa tenang sangat.  Sangat.... 




              








Ahad, 11 Januari 2015

Gadis Islam dan Kpop




Tag nama sukarelawan disarung ke leher. Pa'an melangkah keluar dari bilik pemindahan. Baru lepas bantu memindahkan beras ke dalam 'dapur'. Kaki tiba-tiba terasa disepak. Dia berpaling.

"Maaf, abang. Tak sengaja." Budak lelaki yang beseluar tiga suku dan memakai baju transfomer yang dah lusuh dengan muka rasa bersalah.

Pa'an senyum. "Tak apa." Dia pandang sekeliling. Anak siapa ni. Dah nak masuk waktu maghrib dibiar dekat luar. "Adik ni nak pergi mana?" Kelam kelibut je.

"Nak bagitahu dekat kakak, dia jangan buat macam 'kakak-kakak' dekat dalam tv tu"

Dahinya bekerut. Kakak mana pulak. "Apa dia. Abang Pa'an tak faham." dia tunduk dan memegang kedua belah bahu budak tu. Entah siapa nama. 

"La." Dia tepuk dahi. "Abang tak tahu lagi ke, kakak-kakak yang kena cium dengan artis korea tu la." Tangan kanan hulur surat khabar.

Pa'an ambik surat khabar yang dihulur. Baca tajuk, mata turun pada gambar yang sederhana besar di muka depan. Air liur terasa tersekat di kerongkong. Astarfirullahalazim. 

"Abang malu tak kalau ada adik atau kakak abang buat macam ni?"

Lidah kelu tak tahu nak cakap apa. 

"Abang ni tak jawab soalan." Budak tu terus berlari meninggalkannya. Berjumpa dengan kakaknya mungkin. 

"Kenapa?" 

Huh? Pa'an angkat wajah. Dia bangun berhadapan dengan pak su.

Mata Ked jatuh pada surat khabar di tangan anak sudaranya. Kemudian mata dibawa melihat wajah anak muda tu. 

"Dasyatnya umat kita sekarang, pak su."

Ked tepuk bahu kanan Pa'an. Dia mengeluh berat. "Manusia ni bila dah terlalu fanatik, macam tu la jadinya. Dah tak fikir mana yang betul mana yang salah. " Dia diam merenung wajah tu lagi. "Sebab tu dalam memilih kawan, kita kena tengok balik cara pergaulannya. Bukan nak kata kita ni baik sangat sampai nak cari kawan kena yang baik-baik je. Tak." Ked pandang sekumpulan anak-anak kecil berlari memasuki 'rumah' sementara mereka. "Tapi kita cuba elak dari terikut-rikut budaya barat. Tak salah nak layan korea apa semua. Tapi letakkan iman tu dalam hati." Jari telunjuk Ked jatuh pada dada Pa'an. "Supaya suatu hari nanti, kita tak jatuh dan tunduk dengan nafsu sendiri." 

Kepala masih tak boleh nak mencerna makna pak su.

"Sudah, waktu maghrib pun dah nak masuk. Jom solat." Ked melangkah sambil menyarung songkok ke kepala.

Tapi... entah kenapa tiba-tiba rasa nak nangis. Tak tahu kenapa. Perasaan rasa tak selesa. Gara-gara isu ni. Gadis tu islam. Dia sendiri islam. Malu sebab umat islam buat macam tu. Sedangkan budak kecil pun tahu rasa hormat pada agama. Kita yang dah besar ni.... 

*Dada rasa sakit* 

Malu dengan diri sendiri sebenarnya. Pedih....pedih. Betul. Dia sendiri, malah kakak pun tengok drama korea apa semua. Tapi tak pernah pulak terfikir  sampai tahap tu. Kata-kata pak su.... 

Azan maghrib berkumandang. Tanpa sedar air mata yang ditahan dari tadi mengalir juga. 


Jumaat, 9 Januari 2015

Ujian itu Peringatan dari Allah


Banjir. 

     Bila 'teguran' manusia tak diambil peduli. Allah memerintahkan alam 'menegur' dengan cara yang hakiki. 

*paper metro diletak tepi*

Bukk!!!

Baru je nak bangun terdengar benda berat jatuh. Kaki melangkah ke pintu ruang tamu. Nampak atuk, nampak buah kelapa tergolek. Kus semangat, ingatkan benda apa tadi. Dia terus duduk dekat tangga. Lihat atuk dengan beberapa orang sebaya atuk tengah kutip kelapa.

"Rindu Sweden?"

Pa'an angkat wajah. Pak su... dia sengih. "Boleh hidup lagi la..." Dia bergurau.

Ked turut sengih. Dia yang baru habis sembahyang asar duduk sebelah anak saudarannya "Macam mana duduk sini, okey?"

Tak kan nak cakap tak okey. Kecik hati lak orang dalam rumah ni nanti. Akhirnya dia hanya angguk sebagai jawapan. Kepala masih pandang depan. Atuk dengan 'geng' dia letak kelapa yang dikutip tadi dalam plastik besar warna hitam. 

"Esok ikut pak su jadi sukarelawan dekat kelantan, nak?"

Uh? Kepala masih tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikan doktor yang baru balik dari England ni.

"Bantu mangsa banjir."

Owh. Boleh juga. Lagipun sejak tiga hari lepas dia tak gerak ke mana-mana. Hatta nak melawat kampung ni pun tak. "Berapa hari?" Sebab kalau dari Perak ni nak ke Kelantan bukan makan masa sehari je.

"Seminggu." Ked lipat lengan kanan baju melayu. "Nanti pak su bagi tahu dekat atuk dengan opah."

Angguk. Seketika dua-dua diam. Mata masih pandang laman. Atuk and the geng tengah berehat. 

"Kenapa kali ni, banjir teruk sangat eh?" Walaupun dia tak pernah balik Malaysia, tapi perkembangan cerita semasa tu sentiasa uptudate.

Ked senyum. "Sebab manusia juga."

"Penerokaan hutan dengan penghakisan bukis secara haram?" Dia pandang wajah pak su. 

"Itu salah satu." Ked tepuk bahu kanan Pa'an perlahan. "Maksud pak su, dari segi hukum manusia memang macam tu. Tapi dari segi hukum alam, lain."

"Maksudnya?" Dahi bekerut.

"Manusia ni dah sebilangan 'tenat' sebab tu berlaku perkara dasyat ni."

Pa'an masih pandang wajah pak su.

"Kite kena ingat balik, kita manusia hidup menumpang je atas bumi. Jadi kena ikut aturan yang lebih 'besar'. Bila kita langgar aturan tu, ni la jadinya.

Tak tahu nak cakap apa. 

"Yang penting sangka baik. Kena redha. Pasti ada sesuatu yang Allah nak bagi."

"Sesuatu?"

Angguk. "Pernah dengar kan pasal tsunami di Acheh dulu?"

"Pernah."

"Sekarang apa dah jadi?"

Pa'an makin bekerut kening. Apa dah jadi?

"Sepuluh tahun. Sekarang bandar Acheh dah maju. Itu semua kuasa Allah."

Owh, baru faham.

"Sebab tu hidup, kita kena tengok balik diri kita. Apa yang kita buat. Sama ada dapat murka Allah atau kemanisan iman."

Muka Pa'an herot tak faham.

Ked sengih nampak gigi. "Panjang sangat nak explain. Lain kali." 

"Bujang berdua tu!" Atuk melaung. 

Dua-dua berpaling ke tengah laman.

"Tolong atuk hantar kelapa ke rumah penghulu."

Jadi kesimpulanya. - Kita hidup bukan seorang diri. Apa kita buat, apa kita lakukan. Kadang-kadang Allah balas pada mereka yang berada di sekeliling kita. Buka minda, buka hati. Cuba kita perhati. 


Khamis, 8 Januari 2015

Try Again



"Kenapa Malaysia?" Pa'an bekerut muka tanda tak selesa dengan hala tuju perbualan mereka.

Nawal senyum tiga saat. "Nanti kena balik juga kan, cuma cepat dengan lambat je." Dia cuba memujuk.

"Kakak cakap senang la, sebab kakak tak rasa apa yang Pa'an alami." Perasaan tu macam baru lepas kena gelek dengan treler, lepas tu kena paksa pulak bangun berdiri angkat batu bata tiga tan.  

Pa'an, adik yang kena hantar balik Malaysia hanya disebabkan kencundang dalam arus kemodenan alam remaja. Seketika Nawal hanya diam. Menyusun ayat. "Kakak dulu pun kena campak balik Malaysia juga, lupa?" Dia beralih pandang dari teksi di bus stop seberang jalan ke wajah Pa'an.

"Tak semesetinya buat benda yang sama, Pa'an akan ikut berubah macam kakak?" 

"Tapi sekurang-kurangnya kita cuba. Usaha mama dengan papa."

"Pa'an ni teruk sangat ke kakak? Pa'an hanya masuk disko je la. lepak dengan kawan-kawan dekat park. Bukan minum arak, main judi segala." 

"Tapi benda tu la yang kita kena elak." Nawal renung wajah Pa'an. "Bukan kakak tak tahu, Pa'an dah pernah cuba nak mulakan hidup 'baru', kan?"

Pa'an melarikan anak mata dari merenung Nawal. Dia membuang pandang ke jalan raya di luar restoran. Bohong kalau dia sendiri tak pernah terfikir nak berubah, tapi tiap kali dia cuba nak tetapkan 'aturan' diri, tiap kali tu juga dia rasa beban yang menggunung tinggi.

"Balik duduk dengan atuk sama opah. Pa'an akan belajar balik erti hidup." Sama macam dirinya dulu. Dah kena 'ketuk' dengan atuk, kena 'kejar' dengan opah, tambah pulak kena 'clorox' dengan pak su... baru nampak jadi manusia sikit. 

Pa'an diam.

"Hidup kita ni sekali gagal, tak bermakna gagal selamannya." Masih teringat kata-kata pak su masa mereka pergi bercuti di Melaka. "Hidup kita ni proses untuk belajar, tanpa kira batas umur, tanpa kira batas bangsa. Kalau jatuh, berdiri lagi. Kalau kalah, cuba lagi. Gagal sekalipun, kita kena bangkit lagi. Jangan pernah letak 'give up' dalam hidup. Tapi tanam 'try again' dalam hati. 

"Kakak, kalau nak jadi baik tu kat mana-mana pun boleh jadi baik. Kalau nak jadi jahat pun duduk ceruk mana pun jahat juga." 

"Pesekitaran tu yang main peranan penting sebenarnya." Nawal kacau air coffea dalam cawan. "Dekat sini bukan tak ada orang boleh support, tapi Pa'an tahu sendiri kan keadaan macam mana." Dengan papa buzy ke sana sini, mama pulak meeting kelab itu ini. Dan dia sendiri bukan sentiasa ada dua  puluh empat jam dekat rumah nak pantau adik sendiri. Minggu depan dah bertolak ke Arbeeden, sambung study. Boleh bergantung harap pada atuk dengan opah je la buat masa ni. 

"Kakak..." Nada suara Pa'an masih belum berubah.

"Kakak hanya boleh cakap try again." 

Pa'an tarik muka.

"Hei budak, chill la. Bukan mama dengan papa hantar pergi Angola sana. Balik tempat asal usul juga kan."

Tapi dah terasa macam nak kena hantar pergi hell je gayannya. Lembut je lidah nak menyebut. Tapi kalau sebut mau kena jerkah dengan kakak depan ni. Tak pasal-pasal keluar bunga nasihat 'ustazah' pulak nanti.


"Katakanlah (wahai Muhammad); "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Surah Al-Zumar, ayat 39"

Dah agak dah.

Nawal sengih tengok wajah Pa'an. Tahu apa yang bermain di fikiran anak remaja tu. 








Rabu, 7 Januari 2015

Istiqamah itu Payah



Perghh.... Susah2.

     Semua orang nak jadi baik. Tapi siapa kata nak jadi baik tu senang? Kalau kita sekadar cakap 'aku dah baik', budak tadika pun boleh cakap macam tu, tapi tak pernah nak memahami definisi 'baik' itu sendiri.

*tongkat dagu pandang langit*

Aku ni pernah juga jadi 'budak' yang fikir nak jadi baik tu senang. Nak ikut apa yang Allah suruh, dan tinggalkan laranganNYA.  

Kadang-kadang tu aku menangis sebab aku rasa hati aku dah gelap. Aku menangis sebab aku rasa diri aku semakin jauh dengan Allah(walaupun hakikatnya aku dah 'baik'). Aku menangis sebab takut Allah tak nak campak hidayah pada aku. Aku menangis sebab takut Allah tak nak pandang aku. Aku menangis sebab aku masih sayang pada Rasululluah hanya pada musim Maulidur Rasul dan aku menangis sebab aku tahu aku seorang..... penipu. 

Sakitnya bila kita nak letak Istiqamah dalam diri. 'Baik' tu bukan hanya pada baca Quran, solat tak tinggal, pandai jaga pergaulan, menutup aurat dan seumpamannya. Part 'Baik' tu susah bila kita baca Quran dan solat tak pernah tinggal tapi mulut masih mengeluarkan kata nista. 

Pandai jaga pergaulan? heh! Kita lupa, laman sosial tu dah lama bermaharajalela, hanya mata kita yang membutakannya. 

Ingat senang nak dahulukan 'suruhan' Allah? Aku tanya diri sendiri, boleh tak setiap hari bangun pagi buka Quran dulu sebelum twitter? boleh tak buka Quran dulu sebelum layan korea? 

Boleh tak setiap hari sebelum tidur buka Quran daripada tengok bola? kunci jam untuk bangun tahajud malam?

Boleh? Malu bila dah mengaku diri baik. 

*Dada rasa kena cucuk jarum*

Memang Allah tak larang kita, tapi Dia galakkan kita. 

Galakkan je pun.

JE PUN la yang para ulama, para mujahidden, para mukminin berebut-rebut nak buat. Sebab perkataan DIGALAKKAN tulah yang sangat-sangat mereka nak lakukan. 

Lagi sekali aku ulang... Istiqamah tu susah. Sebab aku ni kadang-kadang jatuh tergelincir dengan panahan syaitan. Dan aku pun tahu sahabat-sahabat aku dekat luar sana pun, rasa apa yang aku rasa. 

Jadi kesimpulannya, Aku berdoa agar Allah 'menolak' kaki kita, 'pahatkan' hati kita pada jalan menuju REDHNYA. 

Selasa, 6 Januari 2015

Kenapa Budak Monolog?




"Budak Monolog, kenapa nama tu eh?"

Sengih.

          Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih nama tu sebenarnya. Tapi... kalau diikutkan dalam kamus bahasa melayu masa SPM dulu, monolog ni penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri. Perkataan yang bergema dalam hati dan fikiran tapi tidak terkeluar melalui suara.

Ha, tu aku. Sama la. Manusia yang suka ber'monolog tentang apa yang aku nampak, tentang apa yang aku rasa. Tapi boleh dikatakan berani nak 'tabur' rasa tu pada dinding laman sosial.

Aku ni, manusia yang bercita-cita tinggi nak menarik kembali kegemilangan islam tu dalam street dakwah. Aku tahu payah... sebab aku pun tak lahir ke dunia terus berdakwah. Aku pernah ada masa silam dan aku jadikan tu sebagai penguat diri untuk menjadi peringatan 'seram' untuk melangkah ke hadapan. 'Segala' yang gelap bertanda aku mahu ubahkan warnanya.

Jika ditanya asal-usul dan rumah di mana, jawapan mungkin dari tanah dan menumpang atas dunia sementara.

Tapi kalau ditanya tentang kenapa blog ni diwujudkan, jawapan aku kerana nak 'CUBA' membawa semua sahabat melalui satu perjalanan panjang yang merentas jiwa mengenali sang Pencipta dan undang-undangNYA.

Dengan Izin Allah.