Khamis, 8 Januari 2015

Try Again



"Kenapa Malaysia?" Pa'an bekerut muka tanda tak selesa dengan hala tuju perbualan mereka.

Nawal senyum tiga saat. "Nanti kena balik juga kan, cuma cepat dengan lambat je." Dia cuba memujuk.

"Kakak cakap senang la, sebab kakak tak rasa apa yang Pa'an alami." Perasaan tu macam baru lepas kena gelek dengan treler, lepas tu kena paksa pulak bangun berdiri angkat batu bata tiga tan.  

Pa'an, adik yang kena hantar balik Malaysia hanya disebabkan kencundang dalam arus kemodenan alam remaja. Seketika Nawal hanya diam. Menyusun ayat. "Kakak dulu pun kena campak balik Malaysia juga, lupa?" Dia beralih pandang dari teksi di bus stop seberang jalan ke wajah Pa'an.

"Tak semesetinya buat benda yang sama, Pa'an akan ikut berubah macam kakak?" 

"Tapi sekurang-kurangnya kita cuba. Usaha mama dengan papa."

"Pa'an ni teruk sangat ke kakak? Pa'an hanya masuk disko je la. lepak dengan kawan-kawan dekat park. Bukan minum arak, main judi segala." 

"Tapi benda tu la yang kita kena elak." Nawal renung wajah Pa'an. "Bukan kakak tak tahu, Pa'an dah pernah cuba nak mulakan hidup 'baru', kan?"

Pa'an melarikan anak mata dari merenung Nawal. Dia membuang pandang ke jalan raya di luar restoran. Bohong kalau dia sendiri tak pernah terfikir nak berubah, tapi tiap kali dia cuba nak tetapkan 'aturan' diri, tiap kali tu juga dia rasa beban yang menggunung tinggi.

"Balik duduk dengan atuk sama opah. Pa'an akan belajar balik erti hidup." Sama macam dirinya dulu. Dah kena 'ketuk' dengan atuk, kena 'kejar' dengan opah, tambah pulak kena 'clorox' dengan pak su... baru nampak jadi manusia sikit. 

Pa'an diam.

"Hidup kita ni sekali gagal, tak bermakna gagal selamannya." Masih teringat kata-kata pak su masa mereka pergi bercuti di Melaka. "Hidup kita ni proses untuk belajar, tanpa kira batas umur, tanpa kira batas bangsa. Kalau jatuh, berdiri lagi. Kalau kalah, cuba lagi. Gagal sekalipun, kita kena bangkit lagi. Jangan pernah letak 'give up' dalam hidup. Tapi tanam 'try again' dalam hati. 

"Kakak, kalau nak jadi baik tu kat mana-mana pun boleh jadi baik. Kalau nak jadi jahat pun duduk ceruk mana pun jahat juga." 

"Pesekitaran tu yang main peranan penting sebenarnya." Nawal kacau air coffea dalam cawan. "Dekat sini bukan tak ada orang boleh support, tapi Pa'an tahu sendiri kan keadaan macam mana." Dengan papa buzy ke sana sini, mama pulak meeting kelab itu ini. Dan dia sendiri bukan sentiasa ada dua  puluh empat jam dekat rumah nak pantau adik sendiri. Minggu depan dah bertolak ke Arbeeden, sambung study. Boleh bergantung harap pada atuk dengan opah je la buat masa ni. 

"Kakak..." Nada suara Pa'an masih belum berubah.

"Kakak hanya boleh cakap try again." 

Pa'an tarik muka.

"Hei budak, chill la. Bukan mama dengan papa hantar pergi Angola sana. Balik tempat asal usul juga kan."

Tapi dah terasa macam nak kena hantar pergi hell je gayannya. Lembut je lidah nak menyebut. Tapi kalau sebut mau kena jerkah dengan kakak depan ni. Tak pasal-pasal keluar bunga nasihat 'ustazah' pulak nanti.


"Katakanlah (wahai Muhammad); "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Surah Al-Zumar, ayat 39"

Dah agak dah.

Nawal sengih tengok wajah Pa'an. Tahu apa yang bermain di fikiran anak remaja tu. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan